Sambutan Gawai Di RH.Mawar Tg Pedada
 |
Ranyai
Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh
kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti
Dayak di Kalimantan Barat. Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di
rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di
kampung-kampung. Ada juga yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk
mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain.
Upacara miring
Gawai bermaksud pesta. Jadi,
Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru
yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim
menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan
sosial.
Penduduk rumah panjang makan bersama di 'Ruai' pada hari gawai
Gawai
Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama lebih kurang sebulan yang
bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun setiap tahun bagi
masyarakat Dayak. Masyarakat Dayak mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah
panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari
kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara
penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung tikar(Ngiling Bidai).
|
Comments
Post a Comment