Posts

Showing posts from April, 2017

Sumber Ekonomi Penduduk Rh. Mawar

Image
Sumber Ekonomi Penduduk Rh Mawar. Pokok Rumbia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae atau keluarga Palmae yang kebanyakannya tumbuh dikawasan tanah lembap. Pokok ini juga di panggil sebagai pokok Rembia atau juga pokok Sagu (Melayu), Sago Palm (English), Rumbia adalah dari keluarga Arecaceae yang banyak didapati di kawasan rendah persisir sungai atau laut Asia Tenggara. Pokok Rumbia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman. Pokok Rumbia juga boleh dijadikan atap nipah. Batangnya pula boleh diproses bagi menghasilkan sagu dan produk berasaskan sagu rumbia. Ia boleh ditanam untuk tujuan penghasilan sagu secara besar-besaran. Tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut. Pokok rumbia yang telah ditebang perlu diproses secepat mungkin bagi mengelakkan kemerosotan kandungan kanji, biasanya tidak meleb...

Gotong-royong ADP 2017

Image

Info Penduduk Rh. Mawar Tanjong Pedada

Image
Definisi Logo Rumah Panjang Moto & Sejarah ringkas Rh.Mawar

Sejarah Rh. Mawar Tg. Pedada Sebakong Mukah

Nama Tanjong Pedada diambil daripada sebatang pokok besar yang berada di kawasan ini ketika mula-mula diterokai oleh moyang kami, Encik Janting. Pokok tersebut adalah POKOK PEDADA dan di sekitar kawasan itu terdapat banyak pokok pedada yang tumbuh subur. Dari saat itu hingga kini, kawasan terletaknya rumah panjang kami dikenali dengan nama Tanjong Pedada. Hingga kini Tanjong Pedada masih dikekalkan bagi mengenang bagaimana nenek moyang kami meneroka kawasan ini dan bertapaknya kependudukan manusia di kawasan ini. Encik Janting berasal dari kawasan Betong/Saribas dan Jaloh dan mula meneroka kawasan ini semasa zaman pemerintahan Raja Brooke.