Sejarah Rh. Mawar Tg. Pedada Sebakong Mukah
Nama Tanjong Pedada diambil daripada sebatang pokok besar yang berada di kawasan ini ketika mula-mula diterokai oleh moyang kami, Encik Janting. Pokok tersebut adalah POKOK PEDADA dan di sekitar kawasan itu terdapat banyak pokok pedada yang tumbuh subur. Dari saat itu hingga kini, kawasan terletaknya rumah panjang kami dikenali dengan nama Tanjong Pedada. Hingga kini Tanjong Pedada masih dikekalkan bagi mengenang bagaimana nenek moyang kami meneroka kawasan ini dan bertapaknya kependudukan manusia di kawasan ini. Encik Janting berasal dari kawasan Betong/Saribas dan Jaloh dan mula meneroka kawasan ini semasa zaman pemerintahan Raja Brooke.
Comments
Post a Comment