Sumber Ekonomi Penduduk Rh Mawar.
 |
Pokok Rumbia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae atau keluarga Palmae yang kebanyakannya tumbuh dikawasan tanah lembap. Pokok ini juga di panggil sebagai pokok Rembia atau juga pokok Sagu (Melayu), Sago Palm (English), Rumbia adalah dari keluarga Arecaceae yang banyak didapati di kawasan rendah persisir sungai atau laut Asia Tenggara. Pokok Rumbia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman.
|
 |
Pokok Rumbia juga boleh dijadikan atap nipah. Batangnya pula boleh diproses bagi menghasilkan sagu dan produk berasaskan sagu rumbia. Ia boleh ditanam untuk tujuan penghasilan sagu secara besar-besaran. Tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut. Pokok rumbia yang telah ditebang perlu diproses secepat mungkin bagi mengelakkan kemerosotan kandungan kanji, biasanya tidak melebihi 2 hari selepas ditebang. |
 |
Tepung sagu rumbia boleh digunakan untuk memproses serbuk perasa (MSG), sirap glukosa, alkohol, makanan bayi, gum gula-gula, tekstil, kertas, pelekat, gam, bahan pembeku, plastik dan lain-lain. Penanaman pokok rumbia juga dapat meningkatkan ekonomi di kawasan pedalaman. |
Comments
Post a Comment