Posts

Aspek Keselamatan Di Rh. Mawar

Image
Pelan Kecemasan Rumah Panjang Mawar. Nombor Panggilan Kecemasan Pintu Kecemasan Pemadam Api Disediakan untuk Kegunaan semasa Kecemasan AJK Rh. Mawar Juga Telah melantik Beberapa Orang Penduduk untuk membentuk sebuah Prsatuan Keselamatan Di Rumah Panjang

Sambutan Gawai Di RH.Mawar Tg Pedada

Image
Sambutan Gawai Di RH.Mawar Tg Pedada Ranyai Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum pribumi Sarawak, terutamanya Iban , Bidayuh dan Orang Ulu s eperti Kayan dan Kenyah, dan juga komuniti Dayak di Kalimantan Barat. Kebanyakan kaum-kaum Dayak ini masih tinggal di rumah-rumah panjang dan setengah-tengahnya tinggal berkelompok di kampung-kampung. Ada juga yang sudah tinggal menetap di bandar-bandar untuk mencari pekerjaan dan sara hidup yang lain. Upacara miring Gawai bermaksud pesta. Jadi, Gawai Dayak adalah Pesta Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menyambut tahun baru yang ditandakan dengan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru. Ia merupakan musim perayaan pesta-pesta tradisi dan sosial. Penduduk rumah panjang makan bersama di 'Ruai' pada hari gawai Gawai Dayak adalah musim perayaan yang berlangsung selama lebih kurang sebulan yang bermula dari hujung bulan Mei sehingga akhir bulan Jun seti...

Aktiviti pertanian di Rh. Mawar Tg Pedada Sebakong Mukah

Image
 Penduduk Menanam Sayur berdekatan dengan kawasan rumah Tanaman sayur yang diusahakan oleh penduduk akan dijual ke kampung yang berdekatan dengan harga yang berpatutan

Sumber Ekonomi Penduduk Rh. Mawar

Image
Sumber Ekonomi Penduduk Rh Mawar. Pokok Rumbia merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Arecaceae atau keluarga Palmae yang kebanyakannya tumbuh dikawasan tanah lembap. Pokok ini juga di panggil sebagai pokok Rembia atau juga pokok Sagu (Melayu), Sago Palm (English), Rumbia adalah dari keluarga Arecaceae yang banyak didapati di kawasan rendah persisir sungai atau laut Asia Tenggara. Pokok Rumbia adalah tumbuhan yang hidup di merata hutan pedalaman. Pokok Rumbia juga boleh dijadikan atap nipah. Batangnya pula boleh diproses bagi menghasilkan sagu dan produk berasaskan sagu rumbia. Ia boleh ditanam untuk tujuan penghasilan sagu secara besar-besaran. Tempoh ia matang bergantung kepada kesuburan tanah. Secara purata, pokok rumbia boleh dituai apabila menjangkau umur 12-13 tahun di tanah mineral dan 15-18 tahun di tanah gambut. Pokok rumbia yang telah ditebang perlu diproses secepat mungkin bagi mengelakkan kemerosotan kandungan kanji, biasanya tidak meleb...

Gotong-royong ADP 2017

Image

Info Penduduk Rh. Mawar Tanjong Pedada

Image
Definisi Logo Rumah Panjang Moto & Sejarah ringkas Rh.Mawar

Sejarah Rh. Mawar Tg. Pedada Sebakong Mukah

Nama Tanjong Pedada diambil daripada sebatang pokok besar yang berada di kawasan ini ketika mula-mula diterokai oleh moyang kami, Encik Janting. Pokok tersebut adalah POKOK PEDADA dan di sekitar kawasan itu terdapat banyak pokok pedada yang tumbuh subur. Dari saat itu hingga kini, kawasan terletaknya rumah panjang kami dikenali dengan nama Tanjong Pedada. Hingga kini Tanjong Pedada masih dikekalkan bagi mengenang bagaimana nenek moyang kami meneroka kawasan ini dan bertapaknya kependudukan manusia di kawasan ini. Encik Janting berasal dari kawasan Betong/Saribas dan Jaloh dan mula meneroka kawasan ini semasa zaman pemerintahan Raja Brooke.